Umor.

Assalamualaikum dan slmt pagi...sahabat

"Tersirat dan Tersurat"

Bila usia sudah menggapai senja.
Tenaga sudah semangkin berkurangan.
Tulang belulang sudah semangkin mengecut dan reput.
Mata semangkin rabun
Telinga semangkin terhad pendengarannya
Dan kesihatan sudah semangkin terancam.

Sedikit berkerja sudah terasa penat dan  bosan.
Tapi apabila berkerja pada yang   diminati bagaikan masa dan nafas tidak mengcukupi.

Masa  silam , tidak akan berulang kembali.
Sering teringatkan kenangan masa yang telah berlalu..
Dimasa persekolahan.
Masa bersama anak- anak , semasa  mereka masih kecil dan dibangku pembelajaran.
Masa bersama rakan sebaya dialam pekerjaan ,
Semua lah terkenangkan ......

Kematian  sudah hampir didepan mata orang lain.

Kawan-kawan lama masa dialam persekolahan dan pekerjaan  .
Kawan- kawan  lama yg telah kembali ke rohmatullah sering terbayangkan.......
Entah besok atau lusa hamba  akan menyusul.

Sering teringatkan sahabat , alfatihah hamba kirimkankan buatmu yang bergelar sahabat dan rakan  taulan, yang dikasihi pada ruang waktu ketika beribadah , juga harapan sebaliknya dari sahabat rakan taulan tidak terkecuali.
Doa dari hamba , dan doa darimu jua agar  semua akan bertemu lagi dialam yang satu lagi dengan senyum dan penuh keredhoan.
Seandainya hamba  dulu kembali jangan juga dipisahkan ingatan kalian akan hamba.
Alfatihah sebagai hadiah dan juadah minum pagi dan petang bekalan dari kalian yang masih ada lidah dan kudrat hidupan untuk  yang pantas menyahut seruan Maha Pencipta.

10 Muharam..1438

Comments